Wishlist (Terbuka) Kepada Arkitek Muda

* Ar. Affendi Salleh adalah seorang arkitek, penulis dan visiting critique.
Tulisan ini adalah a: pandangan peribadi dalam genre trauma dumping at
the gates of hell dan b: menggunakan laras bahasa pasar.
Kedua-duanya adalah unapologetic.

KEHADAPAN DAVID TEOH,

‘Hope is a waking dream’, kata Aristotle. Dan ya, sepanjang 25 tahun aku kerja jadi arkitek ni aku ada banyak mimpikan harapan terkait dengan hal-hal senibina. Jadi sementara kau tengah boring taip minit mesyuarat CCM projek mega kau yang tak jalan tu, mari aku cerita satu-persatu wishlist aku.

1

David, minggu lepas aku betul-betul down. Aku bersembang dengan seorang kawan. Dia adalah pengurus projek senior di syarikat pemaju perumahan. ‘Zaman post-pandemik ni Affendi,’ dia cerita kat aku, ‘memang common-lah saya dapat perunding arkitek proposed fee serendah one point something percent dalam RFP.’ Aku tanya, ‘point something tu berapa bang?’ Dia tak jawab, tapi hanya geleng kepala. Haih, confirm rendah tahap potong leher. Ya David, kau sangka caj dua point something percent itu dah sehabis rendah, tapi tidak. Ada je yang fee diving lagi rendah. Teori The Greater Fool oleh ahli ekonomi Prof. Burton Malkiel itu memang betul. Gerenti akan sentiasa ada orang desperate.

Jadi itu wish pertama aku, David. Sebagaimana terdesak pun kita ini, boleh tak jangan jadikan servis kita ini satu permainan limbo rock ‘how low can you go?’.

Bukan apa, nanti bila dah jadi macam profesion arkitek di Singapura (tak ada regulated scale, average fee bawah 1%, hanya 7% graduates berminat nak praktis dan sekarang struggle nak repair keadaan) baru tau. Time tu menangis pun tak berguna.

2

Tapi tekanan ekonomi masakini sangat benar, kan David? Survival melawan insolvency itu juga benar. Itu sebab-lah Jobstreet laporkan 66% pekerja di Malaysia sekarang ini buat 2 kerja dalam 1 masa. To make ends meet. Arkitek juga tidak terkecuali. Aku pasti kau pun kenal arkitek yang freelancing buat macam-macam kerja. Ada arkitek jadi kontraktor ubahsuai dapur. Ada arkitek design pelamin kenduri kahwin. Ada arkitek buka bisnes car-wash, jual tudung, dropship kerepek, jual nasi lemak, buka kafe hipster, macam-macam. Kau jangan terkejut David. Senario ini buat aku terfikir: bahawa kemahiran & kreativiti buat bangunan sentiasa boleh diolah untuk buat bidang lain. Aku bagi full salute kepada arkitek-arkitek kental begini; mereka tak harap projek kerajaan jatuh dari langit untuk survive.

Maka wish aku yang kedua; marilah fraterniti kita sokong side-business kawan-kawan begini. Sebab dalam bisnes senibina kita bersaing kaw-kaw punya.
Hah. Nampak tak ironi-nya?

3

David, baru-baru ini aku baca satu laporan paling tragis yang merentap jantung aku: MACC laporkan dari 2018 hingga 2023 negara kita ‘hilang’ RM277 billion kepada korupsi. Yaa Robbi. OMG. Itu angka yang tenat bro. Kau boleh bina 40 buah menara Merdeka 118 dengan duit sebanyak tu. Dalam kepala kau pasti kau boleh agak bahawa industri pembinaan ialah medan yang sering dikaitkan dengan korupsi, undertable,rasuah.Selisih malaikat 44 David (itu ekspresi orang Melayu minta dijauhkan dari bala dan ujian). Aku seru kepada arkitek arkitek muda; biarpun kita struggle cari kerja, usah sesekali terjebak dalam abyss korupsi. Jangan langsung layan permintaan 10% kickback. Integriti kenateguh. Biar miskin, jangan korup. Lebih mulia kau pakai Honda Civic loan 9 tahun bayar guna duit gaji daripada kau pakai Mercedes AMG A45 guna duit projek yang dapat melalui menyogok middleman.

Adakah itu satu item dalam wishlist aku? I guess it is.

4

Mari bercakap pasal projek David. Era Mahathirism penuh dengan projek mega ala grand projects Francois Mitterrand. Kau tanya arkitek generasi boomers pasti mereka akan cerita era kegemilangan merekabentuk bangunan waktu Malaysia pesat membangun. Zaman Najibnomics pula sempatlah terlaksana projek pen- gangkutan negara. Spillover effect dari LRT dan MRT wujudkan banyak projek sedap untuk komuniti arkitek ternama. Maka apa wish kau untuk era post-reformasi Malaysia Madani ini David?

Harapan aku begini: agar PMX roll-out projek kecil tapi banyak-banyak. Di seluruh Malaysia. Terutama bandar kecil. Dan, -here’s the kicker tawarkan projek-projek itu HANYA kepada arkitek GenY/millenials. Old-boys and same-old faces sila bagi laluan. Sebab apa? Sebab situasi middle income trap masakini makin menjerut generasi muda sekarang. Kau tak kesian ke dengan kawan-kawan yang dah lama praktis tapi langsung tak pernah dapat big break dalam bisnes.

5

David, aku menaruh harapan tinggi pada generasi arkitek muda. Mereka punyai semangat camaraderie yang tinggi.Mungkin kerana mereka ini membesar dengan media sosial dalam diet harian mereka. Cuba kau tengok bagaimana arkitek zaman sekarang buat kelas exam Part 3. Bersungguh sungguh mereka ajar satu sama lain. Siap buat mock-up oral exam (aku ingatkan bina apartment saja kena ada mock-up). Zaman aku ambil exam dulu cuma ada satu kelas. Oleh En. Jonathan Lai. Itulah exam-preneur pertama dalam industri senibina Malaysia. Apa khabar agaknya beliau sekarang? Hey Jon, sir, thanks for everything. Aku pass exam partly sebab kau ajar. Aided with your invaluable ‘Past Year Questions and Answers Scheme’. Legendary.

So apa wish aku dalam perenggan ini? Oh, ya. The kids are alright. Trust them more. Alang-alang, aku ucap tahniah pada line-up baru kepimpinan PAM. Kelihatan ramai orang muda yang segar-bugar di dalamnya. Presiden yang terpilih pun menyala-nyala kesegarannya. Big ups to An and team.

6

Bercakap pasal apartment David, kelmar in aku baca IQI Global laporkan secara rasmi harga purata apartment di Malaysia ialah approximately RM600,000. Lebih tepat: RM582,887 satu unit.Yang ini aku kesian pada arkitek muda Part 2. Di pejabat mereka boleh design apartment lawa-lawa. Siap dengan flying roof, coping 3 kaki, swimming pool saiz Olimpik, lanskap ala Seksan, tapi dengan gaji purata RM5 ribu sebulan mereka hanya mampu tengok. Nak beli haram tak mampu.

(Kita nak komplen harga mahal pun tak guna. Sebab kita tahu how the economics works. Semua orang ambil margin untung ciput saja, asalkan ada kerja jalan. Kita nak komplen harga gaji rendah pun tak guna. Sebab kita sendiri yang bid fee rendah untuk elak tak ada job dan tak boleh bayar overhead. Situasi catch-22 ni David.)

Jadi di sini aku suarakan wish aku: oleh kerana pemilikan rumah dah jauh luar jangkauan, apa kata kita brainstorm cari busines-model dan design-model untuk mass housing khas untuk sewaan? Ya. Ownership is dead. Long live rental. Wujudkan design khas untuk rental market, dan jadikan design itu desirable, seksi dan mengatasi appeal pemilikan rumah.Kau kan ada ramai kawan developer yang adventurous, kau pujuklah mereka anjurkan satu competition.

7

Aku kalau mula dah cakap pasal design aku tak boleh berhenti David. Kau tahu apa trend design yang paling annoying aku tengok sekarang? Rumah teres stail A frame.Ala barnhouse. Dari KL ke JB ke Penang ke pelosok Ulu Dong aku nampak design A frame ni bukan main popular.

Trend ini buat aku terfikir, adakah developer yang mahu gaya begini, atau arkitek yang gemar tiru (atau bahasa sopannya: inspired by) satu sama lain?

Kita kena fahamkan fenomena ini David. Ia tunjukkan bahawa cara kita learn from each other adalah melaluiform, bukan melalui knowledge.

Kita selesa dengan parroting each other, mimicking each other, ride the trend, daripada fikir mendalam mengapa sesuatu fenomena itu terjadi.

Yang aku geramnya -nak trendy punya pasal- rumah teres gaya fasad barnhouse ini menghalakan air hujan ke sepanjang party wall: itu flirting with disaster tu namanya. Jadi apa wish aku di sini? Kau fikirlah sendiri.

8

Sebenarnya, yang kita kena tiru dari satu sama lain ialah kualiti. Kualiti design dan pembinaan lah yang patut seragam seluruh Malaysia. Bukan style. Style tak penting.

Perumahan di Bukit Jelutong elok design dan detailnya. Tetapi peru- mahan di Tanjung Karang herot berot design macam budak intern yang buat. Shopping mall di Johor.

Bharu lurus dan jitu pembinaann- ya. Tetapi shopping mall di Kota Bharu dia punya ramp parking gradient menjunam macam trek rollercoaster. Office factory di Serenia City istimewa imejnya. Tetapi office factory di Bandar Muadzam rupa macam kotak kasut.

Wish aku di sini David mudah saja. Jadikan kualiti -bukan style- sebagai substance.

9

David, aku ada buat blog kritikan senibina di FB. Tajuknya Tumbuk Rasuk. Dah hampir 3 tahun aku buat blog itu. Sudah ada 40 episod aku tulis dan beribu-ribu komen serta medsos engagement sudah aku terima. Purata satu post dapat readership antara 5,000 hingga 10,000. Kalau topik sensasi engagement naik hingga ke 100,000 orang/akaun medsos. Kau tahu apa takeaway paling menyedarkan yang aku belajar David? The public cares.

Orang awam cakna hal senibina, hal urban design dan hal perancangan bandar. Tapi mereka ambil berat perkara yang berbeza dengan arkitek.

Arkitek sibuk dengan gaya, form, texture, cantilever roof, shadowline detail, rustic feel, apotheosis of space, lepas tu selfie depan bangunan pakai all black.

Orang awam kisahkan pasal afsal rumah flat tak pernah cukup parking. Orang awam hairan afsal dah seratus tahun profesion arkitek hidup di Malaysia tapi benda basic macam detail flat roof masih gagal. Orang awam fed-up design sekolah anak mereka letak toilet dibucu blok dan menggalakkan vandalism. Orang awam tertanya-tanya; arkitek Malaysia ni hidup dalam realiti apa?

Untuk itu aku tiada jawapan. Aku wish aku ada jawapan.

10

Aku penat ni David. Kau minta aku contribute ke AM ini dalam keadaan aku sedang sibuk. Aku taip tulisan ini dalam site meeting, sambil-sambil aku jadi chairman dan kontraktor tengah membebel pasal cable TNB clash dengan manhole longkang. Klasik.

Ok. Sehingga lain kali David.

Yang (sentiasa berusaha untuk jadi) benar,
Ar. Affendi Salleh

FEATURES

RELATED ARTICLES