KEHADAPAN DAVID TEOH,
Hampir terpelanting aku dari kerusi Barcelona aku ini. Sebab client aku baru telefon dan cakap dia mahu aku’design satu pelan induk perbandaran dengan konsep place-making.’ Huh WTH. Bukankah making-places itu automatik? Bukankah ia kerja asas seorang arkitek? Situasinya sama macam kalau orang cakap, ‘sila design satu kereta untuk bergerak.’ Hellya Mr. Obvious.
1.
Itu cuma pengenalan David. Sekadar aku nak cerita betapa kerja kita ini penuh dengan komedi. Satu lagi komedi ialah NAPIC kata ada lebih kurang 25,000 unit property overhang di Malaysia ini. Nilainya RM17 bilion. Tapi setiap hari aku dan kau dan seribu arkitek lain masih buat proposal perumahan. Aku tak pasti sama ada itu paradoksikal, atau ironik, tapi aku pasti situasi ini kelakar.
2.
Apa khabar kau sekarang David? Apa cerita bisnes kau dalam ekonomi Madani hari ini? Adakah bisnes kencang seperti era Mahathirism, atau lumayan macam zaman Najibnomics? Aku hari-hari layan buat RFP. ITB. Tender. Bidding. Competition. Tak kiralah nama apa pun namanya, semuanya spekulasi. 10% skill dan 90% luck, bro. Macam memancing dan harap ikan makan umpan. Bulan lepas aku hadir satu taklimat projek baru GLC. Open tender untuk fee. Projek kecil dalam RM12 juta. Yang datang 30 company arkitek. Bersesak ramai. Dah macam mini-Datum. Aku terkedu tengok pemandangan cara arkitek cari projek begini. Lalu aku makan bihun yang dihidangkan kemudian aku belah balik ofis. One less competition yo.
3.
Tapi kau jangan keliru. Aku tak komplen pun. Aku faham, ini semua occupational hazard. Kena kental mengharung turun naik rollercoaster bisnes. Dalam 20 proposal dan RFP yang kau layan, pasti 1 akan kena. Ini kebarangkalian untuk pejabat aku lah. Kalau kau boleh hit 1 job dalam 10 proposal, itu mewah bro. Setakat nak pakai 911 Carrera GT2 tahun 2020 tak ada masalah.
4.
David, ini satu soalan yang dah lama aku nak tanya kau: memang dalam AM ini dilarang terbitkan artikel kritikan senibina ke? AM ini gambar-gambar cantik, tapi tulisan semua deskriptif. Skema. Macam baca katalog Johnson Suisse. Mana wacana ilmu macam Peter Cook buat dalam Architecture Review? Atau penulisan tajam gaya Catherine Slessor? Atau artikel mash-up senibina vs. politik macam Deyan Sudjic? Sekurang-kurangnya, terbitkanlah tulisan provokatif macam Dr. Tajuddin Rasdi (dari zaman sebelum beliau join DAP). Bagi aku, tanpa kritikan, konten keilmuan senibina akan stagnant. Atau, adakah ketiadaan tulisan kritikan senibina dalam AM ini sebab PAM takut kena saman? Aku tanya je.
5.
Tapi memang tradisi kritikan ialah perkara asing dalam masyarakat arkitek. Kalau kau senaraikan PAM lecture yang 2 CPD point tu, berapa kerat je yang jenis kritik senibina. Tak ada arkitek yang nak kupas mengapa shelf life Stadium Shah Alam cuma 30 tahun dan sekarang dah nak kena roboh. Tak ada arkitek yang nak kritik betapa hodohnya senibina hermetic shopping mall di Malaysia ini. Tak ada arkitek yang nak utarakan permasalahan senibina sekolah di Malaysia. Ketiadaan dialog ini menyebabkan arkitek buat benda yang sama berulangulang. Sebab itulah inovasi dan improvement senibina kita cukup perlahan. Tak percaya kau tengok rekabentuk sekolah cukuplah. Tak ada beza dengan 25 tahun lepas.
6.
Aku tahu aku generalizing, David. Deal with it. Kita kan dilatih lihat dari mata burung. Bercakap pasal sekolah, tahukah kau di sekolah senibina sekarang ini pelajar perempuan melebihi pelajar lelaki hampir ke nisbah 5:1? Dalam 60 pelajar, 10 saja lelaki. Nampaknya budakbudak lelaki dah tak mau buat archi, David. Bayangkan lagi satu generasi di Malaysia ini: perumahan, urban design, highrise: semua perempuan yang lead design. Aku ok je dengan hal ini. Sebab arkitek perempuan ni mata dia lebih detail. Kerja pun cermat. Dan mereka tak rajin mengular berbanding lelaki.
7.
David kau perasan tak, setiap tahun, dalam PAM Awards mesti ada bangunan style raw menang awards? Kau tahulah style apa yang aku maksudkan. Raw dengan exposed concrete, exposed brick, frame besi cat hitam, pokok ficus menjalar, lanskap bubuh crusher run. Aku rasa kini kita sedang hidup dalam senibina era post-Kevin Mark Low. Semua arkitek teruja dengan aesthetic of poverty (nampak miskin tapi mahal) ni. Kalau Geoffrey Bawa masih hidup pasti dia roll biji mata dia tengok ‘inovasi’ senibina Malaysia ni. Sampai kan bangunan PAM tu sendiri pun guna gaya ni. Tak salah, cuma derivatives lah.
8.
David, kau sebahagian dari group PAM 40 under 40. Aku tengok kerja-kerja arkitek ini dan aku tanya, ‘afsal semua design semua orang nampak lebih kurang sama?’. Kemudian jawapannya muncul kat skrin Macbook aku: Sketchup. Ya, dengan rasminya aku isytiharkan: diktum senibina Malaysia hari ini ialah: Form Follow Sketchup.Kalau kau sangsi dengan dakwaan aku ini, tengok design kategori apartment. Kan? Semua sama. Semua guna command push/pull/extrude. It begs the question: arkitek buat bangunan guna Sketchup, atau arkitek buat bangunan berdasarkan apa yang Sketchup benarkan?
9.
Aku tak pasti sama-ada surat terbuka ini akan diterbitkan dalam AM sebagaimana rancangan kau. Kalau ya, maka PAM ini adalah juga dia punya sense of humour. Kalau kau ada kenal orang dalam PAM yang anjur KLAF/DATUM tahun ini, boleh tak kau cakap pada mereka, ‘jemputlah juga arkitek yang gagal dalam praktis. Yang tak ada job. Yang kena saman. Yang kena blacklisted. Yang jadi stamp pad arkitek. Yang masuk fee 0.9% kemudian regret.’ Sebab kita belajar bukan saja dari orang yang berjaya, tapi dari orang yang gagal juga.
10.
Ok David. Itu saja ngomelan aku. Terima kasih kerana sudi dengar. Dah, aku nak pergi sign drawing.
Hingga lain hari.
Yang (sentiasa berusaha untuk jadi) benar,
Ar. Affendi Salleh